Assalammuailaum,
Semoga pada hari ini yang indah2 belaka dan di selalu di berkati oleh allah s.w.t.
Secara terang nya di sini, sebenarnya aku ingin beritahu harini ini 1st time sign in dekat blogger. so aku sekarang nak cerita la pengalaman semasa berada di pulau kapas
time nei baru anak sorang, ni mmg 1 st aq bercuti dkt terengannu tapi dekat terenganu makanan nya memang power sebab ada nasi kerabu, laksam, dan lain2.
ok, kita sambung balik tentang pulau kapas ini, harga tiket bot adalah :
Harga Tambang Bot
Dari Jeti Pulau Kapas (Marang) ke Pulau Kapas : RM45
Cara Ke Pulau Kapas
-naik bot atau feri di Jeti Pulau Kapas.
-Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa selama 30 minit.
Apa yang boleh di laku di pulau kapas adalah :
1. Snorkeling
Di Pulau Kapas, anda boleh ber-snorkeling sepuas hati. Ini kerana airnya cetek, terumbu karangnya cantik dan airnya jernih.
Tempat snorkeling terbaik di sini adalah kawasan di antara Pulau Kapas dan Pulau Gemia (yang terletak disebelah barat pulau). Selain itu, tempat menarik lain untuk anda terokai ialah di bahagian hujung selatan pulau.
Peralatan snorkeling boleh anda sewa daripada resort tempat anda menginap. Selain peralatan biasa, ada resort yang menawarkan pakej snorkeling dengan bot untuk pergi ke tempat snorkeling yang agak jauh dari kawasan pulau.
Antara spesies laut yang anda boleh anda lihat nanti sewaktu di pulau ini adalah belut laut, kerang gergasi, sotong, landak laut, gamat, puffer fish, angelfish, damsels, nudibranchs serta penyu.
2. Scuba Diving
Di Pulau Kapas juga sesuai untuk mereka yang mahu scuba diving. Salah satu kawasan menyelam yang popular adalah di kawasan kapal Perang Dunia ke-2 yang karam.
3. Jungle Tracking
anda boleh sahaja masuk ke hutan Pulau Kapas untuk aktiviti jungle tracking.